Isnin, 8 September 2008

SEMINGGU MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Sekejap saja rasanya.Pejam celik,pejam celik, dah seminggu kita umat Islam menunaikan ibadat Puasa.3 minggu lagi Ramadhan Al-Mubarak akan meninggalakan kita semua.Syawal pula akan menjelma.Kalau ditakdirkan kita panjang umur,sekali lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun hadapan.Kemeriahan Ramadhan sama macam tahun tahun sebelumnya.Masjid,surau,madrasah dipenuhi jemaah setiap waktu solat dan juga untuk menunaikan solat terawih dan witir.Begitu juga media massa tak kira elektronik atau media cetak seperti tv,radio,internet,blog dan akhbar berlumba-lumba menyediakan program berbentuk keagamaan.Meriah sungguh bulan Ramadhan.
Kemeriahan Ramadhan turut juga dirasai dengan adanya bazar Ramadhan yang menyediakan pelabagai juadah untuk berbuka puasa pada sebelah malam.Ianya tumbuh bak cendawan selepas hujan.Bermula jam 3 petang hingga ke waktu berbuka.Pergi kemana saja mesti ada bazar Ramadhan.Berbagai-bagai jenis kuih muih dan masakan yang di jual.Ada juga kuih atau masakan bermusim.Hanya bulan Ramadhan saja kita dapat merasa masakan atau kuih tersebut.Di negeri kelantan berbagai kuih muih dapat kita temui semasa bulan Ramadhan.Antaranya kuih akok,kuih nekbat,kuih beko,lepat pisang,tepung bungkus,belebak,"tahi itik",jala mas,lopat tikam,cendol,beke dan pelbagai lagi .Begitu juga dengan masakan.Pelbagai jenis masakan.Antaranya gulai ikan masin,gulai lemak,kurma,kuzi,asam pedas,ikan bakar dan sebagainya.Saya pun dah lupa apa nama jenis masakan.Banyak sangat.Meriah sungguh Ramadhan kali ini.
Kemeriahan Ramadhan juga turut disambut dengan dentuman mercun.Di kampung saya kedengaran bunyi mercun di sana sini.Walaupun kerajaan telah mengharamkan mercun,namun kedatangan Ramadhan kali ini tetap di sambut dengan dentuman mercun.Laporan berita media cetak dan elektronik pada minggu awal permulaan puasa juga melaporkan mangsa-mangsa mercun buatan sendiri......Begitulah kemeriahan Ramadhan.
Yang paling saya kagum,budak-budak sekolah rendah darjah satu juga sanggup memeriahkan Ramadhan dengan mengerjakan ibadat puasa.Mereka dapat menahan diri dari makan dan minum bermula terbit fajar hingga terbenama matahari kira-kira lebih kurang 13-14 jam.Sebagai contoh adik saya sendiri.Baru darjah dua.Tahun ni tahun dia kedua berpuasa.Tahun lepas dia dapat melakukan puasa penuh.30 hari.Tahun ini azamnya tetap membara.Ingin bersama-sama memeriahkan bulan puasa dengan melakukan ibadat puasa seiring dengan golongan dewasa.Kepada adik saya Siti Nur Aisyah.....SELAMAT BERPUASA.Justeru,kepada golongan dewasa yang berniat untuk PONTENG PUASA...INSAFLAH....BUDAK-BUDAK SEKOLAH RENDAH SANGGUP BERPUASA.....TAK MALUKAH PADA MEREKA.......SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA...................

Tiada ulasan: